Post Top Ad

28.8.18

Azhan Rani luah perasaan di Instagram, Kl Gangster: Underworld dicetak rompak



Masalah cetak rompak bukan lah masalah baru dalam industri. Terbaru, drama bersiri KL Gangster : Underworld lakonan Beto Kusyairy, Ezzaty Abdullah, Azhan Rani,  Nabila huda, Zahiril Adzim, Hasnul Rahmat, Amerul Affendi, Dynas Mokhtar, Fezrul Khan, dan ramai lagi menjadi mangsa apabila dicetak rompak dan dijual dalam bentuk dvd dipasaran secara haram.

Pelakon Azhan Rani yang memegang watak sebagai Tauke dalam siri original iFlix itu telah meluahkan rasa kesal dan kecewa di Instagram apabila drama lakonannya itu telah dicetak rompak.

“Lambung la setinggi gunung, puji la setinggi langit ..apalah maknanya segala penat lelah kami yang membikin karya yang sangat tidak mudah untuk dihasilkan ini.. daripada penerbit, penulis skrip, pengarah, pelakon, malah krew di belakang kamera yang membanting tulang siang dan malam untuk #klgangsterunderworld ini.

“Betapalah hancur luluh hati ini melihat penat lelah di rompak seperti ini.. siapakah lanun yang layak dibayar dengan hasil rompakan daripada titik peluh kami? siapakah si BANGANG tak berhati perut yang sanggup membayar mereka membeli dvd haram sedangkan ianya PERCUMA dengan kualiti cerita gambar dan audio dari @iflixmy untuk anda..

“PERCUMA di #iflixFree .. cakap berbuih pun susah nak fahamkan semua.. selagi titik peluh korang belum dirompak, selagi itu korang takkan sedar dan nampak! terima kasih atas keperihatinan dan maklumat ini.

“Dvd haram ini dikesan di sebuah pasar karat di JB. Mungkin sukar membendung lanun dvd haram ini tapi anda boleh membantu melumpuhkan mereka dengan TIDAK MEMBELI dan membuat aduan kepada pihak berwajib. Atas sokongan, keprihatinan, dan kesedaran kami ucapkan setinggi-tinggi terima kasih,” kata Azhan Rani di Instagram.

Sumber: Azhan Rani
August 28, 2018 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad