Mila, 31, menegaskan berkongsi gambarsumbangan korban tersebut bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk dan menerangkan bahawa sumbangan tersebut merupakan salah satu aktiviti
dalam program CSR atau Tanggungjawab Sosial Korporat syarikatnya.
"Bersifat menunjuk-nunjuk itu bukan saya. Pada yang DM atau komen di foto
sebelum ini menyuruh saya supaya tidak menunjuk-nunjuk amalan atau perbuatan
yang dibuat.
"Ini jawapan untuk kalian. Sumbangan korban ini dibawah syarikat saya
@bizmilla_catering.
"Kami sebagai syarikat korporat perlu memberitahu program CSR adalah
aktiviti syarikat kami.
"Bukan atas dasar nak menunjuk. Riak. Show off (apa saja ayat yang korang
cakap). Sifat menunjuk-nunjuk itu bukan saya. Harap maklum," kata Mila.
Sebelum ini, Mila memuat naik foto dia memberi sumbangan lima ekor lembu di Puchong, Subang dan Kemboja untuk ibadah korban di laman Instagramnya.
Sebelum ini, Mila memuat naik foto dia memberi sumbangan lima ekor lembu di Puchong, Subang dan Kemboja untuk ibadah korban di laman Instagramnya.
Tindakan penyanyi itu memuat naik foto tersebut membuatkan segelintir netizen
beranggapan dia sengaja ingin menunjuk-nunjuk kebaikannya di laman sosial.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Persis
Mutiara ini memberitahu sebagai manusia tidak berhak untuk
menjatuhkan hukum pada niat seseorang itu.
Kata Mila, sekiranya tidak tahu perkara sebenar lebih baik berdiam diri
daripada mengeluarkan kenyataan sehingga menyakitkan hati orang lain.
"Setiap apa yang kita buat, Allah yang mengadili bukan kita Manusia. Tak baik terus jatuh hukum pada niat seseorang.
"Setiap apa yang kita buat, Allah yang mengadili bukan kita Manusia. Tak baik terus jatuh hukum pada niat seseorang.
"Jika tak tahu lebih baik diam dari berkata-kata tetapi menyakitkan hati
orang lain," ujarnya.
No comments:
Post a Comment