Post Top Ad

30.8.18

Mira Filzah belum rancang kahwin dengan Zizan Razak


PELAKON dan pengacara, Mira Filzah menafikan khabar angin dia dan pelakon, Zizan Razak sedang membuat persiapan perkahwinan dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Nur Amirah Filzah Badioezaman, 25, mengakui selesa berkawan dengan Zizan kerana menyifatkan lelaki itu ikhlas dan telus dalam persahabatan.

"Ada yang pernah tanya, adakah benar saya akan menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat. Perkara itu tidak benar. Setakat ini, tidak ada apa-apa perancangan pun.
"Saya selesa berkawan dengan dia dan hubungan kami pun masih seperti dahulu. Kalau ditanyakan bilakah saya akan berumahtangga, tenang-tenang dulu," katanya pada majlis pelancaran kempen Salam Taiwan, hari ini.
Kini sibuk dengan penggambaran drama Lelaki Kiriman Tuhan serta program majalah, Nona, Mira turut diangkat menjadi Duta Pelancongan Taiwan selama setahun.
"Saya berterima kasih kepada pihak pelancongan Taiwan kerana memilih saya sebagai duta.
Saya sangat bangga kerana menjadi sebahagian daripada kempen berkenaan," katanya.

Sumber: HMetro




August 30, 2018 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad