Post Top Ad

28.8.18

Wani Kayrie akui rapat dengan Afieq Shazwan, tapi belum tahap bercinta


PENYANYI Wani Kayrie, 18, akui dia kini memang berkawan rapat dengan penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan, 21. Wani atau Syazwani Abdullah berkata hubungan rapat itu juga sudah dijalin mereka berdua sejak kecil lagi.

"Kami memang berkawan rapat sejak kecil. Cuma, lama tak jumpa. Tapi, sekarang kami jumpa setiap minggu.

"Itu yang membuatkan hubungan makin rapat. Ditambah, kami pun memang dah kenal lama dan rasa selesa," katanya.

Menurut Wani, sikap Afieq yang sudah dikenali sekian lama cukup membuatkan dia selesa bergaul dengan pemuda itu.

Terdahulu, Afieq atau Muhammad Shafieq Shazwan Zamros dalam kenyataannya baru-baru ini turut mengakui hubungan rapat itu.

Menurut Afieq, pembabitan terkini mereka menerusi program realiti TV 'merapatkan semula' hubungan itu menjadi 'teman tapi mesra'.

"Cuma, rapatnya kami belum sampai tahap bercinta. Saya dan Wani, kami kini rakan seperjuangan dalam pertandingan disertai.

"Wani pun muda lagi dan saya anggap dia seperti adik. Saya juga selalu memberi nasihat dan kata semangat padanya," kata Afieq.

Afieq turut memberitahu dia dan Wani kerap menghantar mesej jika tidak berjumpa di kelas vokal dan persembahan yang harus dihadiri.

Hubungan rapat Wani dan Afieq mula jadi perhatian peminat apabila masing-masing memuat naik foto bersama di Instagram.

Malah, kebanyakan pengikut mereka di IG memberi komen positif terhadap hubungan rapat dijalin bintang remaja ini.

Sumber: Hmetro

August 28, 2018 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad