Buat julung kali dalam lipatan sejarah perfileman tanah air menyaksikan filem tempatan berjaya meraih kutipan pecah panggung RM32.5 juta menerusi filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid.
Jumlah kutipan tersebut yang diraih dalam tempoh 18 hari terus mencetus fenomena tersendiri dan masih rancak menerima sambutan baik oleh penonton di luar sana. Lebih membanggakan apabila filem ini berjaya menduduki carta nombor satu kutipan panggung mengatasi filem filem antarabangsa yang lain.
Pihak penerbit Astro Shaw dan Infinitus Gold sama sekali tidak menjangkakan sambutan Hantu Kak Limah mampu pergi sejauh ini dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura kerana menyokong filem ini.
Malah, menariknya, ramai penonton yang sudah menyaksikan filem ini lebih dari 7 kali. Ternyata filem ini adalah untuk hiburan sekeluarga.
HKL masih ditayangkan di 148 pawagam di Malaysia, Brunei dan Singapura. HKL membariskan pelakon hebat seperti Dato’ Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Allahyarham Rab Khalid, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Dato’ Seri Vida.
No comments:
Post a Comment