Post Top Ad

12.9.18

"Bersabarlah... tiba masanya saya akan keluarkan kenyataan.” – Ismail Izzani



Penyanyi Ismail Izzani akui emosinya terganggu kerana kontroversi gambar berpelukkan dengan Zarina Anjoulie di kelab malam. Ismail juga sukar tidur malam memikirkan isu tersebut.

“Sejujurnya, selepas kontroversi itu empat hari saya susah nak tidur kerana asyik memikirkan apa yang telah berlaku. Hati saya jadi tidak tenang dan hanya tidur tiga jam sehari. Kejadian hitam itu seperti baru berlaku semalam”

“Saya telah mengecewakan semua orang dan sedar bukan mudah untuk mereka maafkan saya, cuma selepas ini saya akan buat lebih baik. Ini adalah ujian paling hebat yang pernah saya terima sepanjang 18 tahun hidup”

Tambahnya, dia mendiamkan diri tentang isu itu tidak bermakna dia bersalah. Apabila tiba waktunya nanti, dia akan dedahkan segalanya.

"Saya tak mahu komen mengenai apa yang didakwa oleh mereka kerana lagi kita bercerita akan membuka ruang kepada mereka.

"Bersabarlah... tiba masanya saya akan keluarkan kenyataan. Kami dah berbincang bersama keluarga dan pihak pengurusan untuk tidak ulas isu ini secara mendalam buat masa ini," katanya.
September 12, 2018 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad