Post Top Ad

3.9.18

BIG STAGE: Tajul tersingkir, Baby Shima menyerlah di minggu ke-5


Perjuangan penyanyi Tajul terhenti apabila diumumkan sebagai peserta yang tersingkir di konsert minggu ke-5 Big Stage pada malam Ahad.


Penyanyi itu tersingkir kerana undian di aplikasi Tik Tok yang rendah selepas berada di tangga di peserta dengan markah terendah bersama Ariff Bahran dan Afieq Syazwan.

Tajul menjadi peserta keempat yang tersingkir selepas, Fara Hezel, Andi Bernadee dan Sissy Iman.

Baby Shima pula menyerlah apabila mendapat jumlah markah paling tinggi daripada juri tetap, Faizal Tahir dan Datuk Siti Nurhaliza serta juri jemputan, Altimet iaitu dengan markah sebanyak 82.0%.

Untuk konsert minggu ke-6, para peserta akan mempersembahkan lagu-lagu pilihan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan juga lagu Battle Challenge.

Konsert mingguan Big Stage yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ini dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al-Hadad ini bersiaran setiap Ahad, jam 9 Malam di Astro Ria dan Ria HD. 




September 03, 2018 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad