Post Top Ad

1.9.18

Comelnya anak Ummi Nazeera


Selepas lebih seminggu melahirkan seorang bayi perempuan, aktres Bisik Pada Langit, Ummi Nazeera, 28, buat pertama kali hari ini memaparkan wajah anaknya yang dinamakan Ayra Aneesah.

Menurut perkongsian yang dimuat naik Ummi di laman Instagram miliknya, dia memberitahu bahawa Ayra dilahirkan secara caesar pada pukul 11.37 malam, 22 Ogos lalu iaitu awal seminggu berbanding tarikh sepatutnya.

Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nurul Hidayah Zainul Abidin berkata, dia melahirkan Ayra ketika kandungan berusia 34 minggu.


“Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Anak saya sihat dan sempurna,” jelas Ummi yang mengahwini Mohd. Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai 2017.

Sumber: Utusan Online
September 01, 2018 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad