Post Top Ad

1.9.18

Kongsi gambar di Instagram, Fathia Latiff ‘kantoikan’ aksi mesra Ismail Izzani dan Zarina Anjoulie


Gambar mesra penyanyi Ismail Izzani bersama pelakon Zarina Anjoulie sedang hangat diperkatakan ditwitter.

Gambar tersebut telah dimuat naik oleh pelakon Fathia Latiff di akaun instagramnya dengan caption,
“@ismailizzani call her now!”.

Namun tidak lama selepas itu, Fathia telah memadam gambar tersebut namun ramai yang telah ‘print screen’ dan menyebarkan gambar tersebut di twitter.

Ramai yang terkejut melihat imej Zarina dalam gambar tersebut yang tidak bertudung kerana dia sudah berhijrah sebelum ini serta memakai baju jarang yang menampakkan pakaian dalamnya.

Selain itu, ramai yang mengecam gambar tersebut kerana aksi mesra seolah Ismail sedang memeluk Zarina selain nampak seperti dirakam di kelab malam.

September 01, 2018 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad