Sebagai ibu, Suliza percaya anaknya bukan seperti yang digambarkan pihak tertentu.
|
Datin Suliza Salam menganggap kontroversi penyebaran foto
anaknya Ismail Izzani dengan aktres Zarina Anjoulie adalah dugaan yang perlu
dihadapi oleh seseorang artis.
Suliza berkata, sebagai ibu dia percaya anaknya, penyanyi
lagu Luar Biasa itu bukan seperti yang digambarkan pihak tertentu.
"Saya tidak mahu melatah dan menganggap ia sebagai
dugaan buat Ismail.
"Saya hanya berharap agar dia lebih berhati-hati dalam
setiap langkahnya pada masa akan datang," ujarnya dalam satu pertemuan
dengan kepada mStar Online.
Suliza ditemui bagi mengulas kontroversi gambar mesra Ismail
Izzani, 18, bersama pelakon Zarina Anjoulie di sebuah pusat hiburan yang
tersebar pada malam Jumaat lalu.
Kontroversi itu timbul selepas aktres Fathia Latiff
berkongsi sekeping foto dipercayai di sebuah kelab yang memperlihatkan seperti
Zarina dan Ismail namun ia dipadamkan tidak lama kemudian.
Dalam pada itu, Suliza yang juga penyanyi era 1980an turut
menginggatkan artis-artis muda lain agar lebih menjaga batasan dan
tanggungjawab mereka kepada masyarakat.
Katanya, tugas sebagai seorang selebriti sepatutnya menjadi
contoh yang baik kepada masyarakat sekeliling khususnya peminat mereka.
"Beringat kerana apa-apa pun kita tetap orang Melayu
dan ada batasan dan tanggungjawab kepada agama dan masyarakat.
"Saya bercakap peringatan untuk anak saya dan artis-artis
muda yang lain juga. Mereka sepatutnya jadi contoh kepada masyarakat,"
katanya.
Tambahnya lagi, menjadi popular bukan lesen untuk berbuat
sesuka hati.
Dalam pada itu, Suliza juga berharap, masyarakat tidak mudah
menilai sesuatu perkara yang tidak pasti.
"Bagi saya Ismail tidak perlukan kontroversi sebagai
publisiti dirinya. Saya percaya masyarakat lebih pandai menilai yang mana betul
atau tidak," katanya.
Sementara itu, Suliza mahu Ismail memberi fokus terhadap
kerjaya nyanyiannya apatah lagi dia bakal melancarkan single terbaharu berjudul
Bidadari.
Sumber MStar
No comments:
Post a Comment