Post Top Ad

5.9.18

“Saya semakin pulih, lebih baik dari dulu” - Haqiem Rusli


SEJAK mendedahkan dirinya mengalami masalah kemurungan sejak awal tahun ini, penyanyi remaja Haqiem Rusli banyak mendiamkan diri bagi memberi fokus kepada kesihatannya.

Walaupun namanya agak tercalar dengan beberapa isu dan kontroversi sejak pendedahan itu namun Haqiem menerusi Twitternya pada Selasa memberitahu keadaannya semakin baik.

Dalam pada itu, Haqiem berkata, perubahan itu bukanlah berlaku sekelip mata sebaliknya setiap hari dia cuba untuk belajar menjadi seorang individu lebih baik.

Paling penting katanya, perubahan itu untuk buat peminatnya tersenyum dan dirinya sendiri.

"Setiap hari saya belajar jadi lebih baik untuk buat mereka tersenyum dan aku tersenyum. I'm all good now. Happy," tulisnya lagi.

Sementara itu, peminatnya yang menggelarkan diri mereka sebagai Qiemilio menganggap status terbaharunya itu sesuatu yang positif dan baik untuk karier seninya.

Ramai turut mendoakan agar Haqiem terus menjaga kesihatan dan mereka sentiasa menyokongnya.

Posting itu mendapat lebih 1,800 like dan 352 retweet di Twitter.

Sumber mstar
September 05, 2018 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad