Post Top Ad

11.9.20

Mengejutkan! Ini sebab YAMANI buang nama ABDILLAH




Bergelar anak kepada legenda muzik tanah air, Datuk Jamal Abdillah pastinya memberi tekanan buat penyanyi baharu sedang meningkat naik, Yamani Abdillah.

Sering dibandingkan dengan bapanya, penyanyi berusia 19 tahun ini telah membuat keputusan untuk tidak membawa lagi nama bapanya sebagai nama pentas.

Kata beliau, selepas ini dia tidak menggunakan nama Yamani Abdillah tetapi akan gunakan nama Yamani sahaja.

Yamani atau nama sebenar, Osama Yamani membuat keputusan tersebut kerana tidak mahu dibayangi bapanya dan ingin dikenali kerana bakat dan identiti sendiri.

Tentang nyanyian pula, Yamani memberitahu sejak kecil sehingga besar dia memang menyanyi seperti itu. Bukan dibuat atau meniru bapanya.

Jika Jamal Abdillah lebih dikenali sebagai Raja Pop, genre muzik Yamani pula berbeza dan lebih ke arah genre rock serta muzik yang moden.

Bagi yang tidak tahu, penyanyi yang kini muncul dengan single kedua berjudul Takut Kehilangan ini mula menceburi dunia seni dengan menggunakan namanya sendiri iaitu Osama Yamani.

Namun, dia memilih untuk menukar nama pentasnya kepada lebih komersil iaitu Yamani Abdillah setelah mendapatkan persetujuan daripada bapanya.

Dia berharap dengan menggunakan nama tersebut ia akan memberi galakan buatnya untuk meneruskan legasi bapanya walaupun haluan muzik mereka berbeza.

Untuk makluman, Yamani adalah anak sulung Jamal menerusi perkahwinan keduanya bersama Intan Noraina Mohd. Yusof pada 2001 tetapi perkahwinan itu tidak bertahan lama.

September 11, 2020 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad