Post Top Ad

27.4.21

5 TIPS MEMILIH IKAN SEGAR



TIDAK ramai yang mahir dan tahu cara memilih ikan yang benar-benar segar di pasar atau pasaraya. Bagaimana cara untuk membezakan ikan yang segar dengan yang tidak segar? Jom ikuti beberapa cara sebagai panduan untuk memilih ikan segar.

 

Bau

Perkara pertama apabila membeli ikanadalah menyemak bau ikan yang ingin dibeli. Jika aromanya tidak meloyakan, bermaksud ikan itu segar. Tetapi jika sudah berbau busuk dan hanyir, itu adalah petanda ikan itu sudah tidak segar.

 

Mata

Selain itu, lihatlah mata ikan kerana mata ikan yang segar jernih, terang dan cembung. Manakala ikan yang tidak segar pula matanya suram, merah dan tenggelam.

 

Kulit dan sisik

Ikan yang segar mempunyai kulit yang cerah berkilat dan sisik yang melekat kuat. Manakala ikan yang tidak segar kulitnya pudar dan mempunyai sisik yang kusam dan mudah tertanggal.

 

Isi

Ikan yang segar, isi atau dagingnya apabila ditekan akan terasa keras dan ia akan menganjal kembali ke keadaan asal. Jika isi atau daging ikan lembik dan lembut, maka ikan itu sudah tidak segar.

 

Insang

Satu lagi cara untuk mengesan ikan itu segar adalah dengan melihat insang ikan tersebut. cerahIni adalah cara yang paling biasa dilakukan apabila memilih ikan. Ikan yang segar insangnya bersih dan berwarna merah cerah manakala ikan yang tidak segar pula mempunyai insang berwarna kelabu atau coklat dan berlendir.


April 27, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad