Post Top Ad

6.4.21

Aina Abdul Akui Pernah Cari Rezeki Di Kelab Malam

Penyanyi Aina Abdul mendedahkan dia pernah menyanyi di pub dan kelab malam selama empat tahun bagi menyara kehidupan.

Nurul Aina Abdul Ghani, 28, berkata, dia bagaimanapun menegaskan mempunyai sebab tersendiri mencari rezeki di lokasi sedemikian.

"Saya memang dulu menyanyi di 'gig', kelab malam dan pub. Ada yang komen yang seolah-olah saya mempromosikan soal menyanyi di kelab malam. Bab ini, saya memang ada pendirian sendiri.

"Setakat ini saya tidak terganggu dengan komen-komen mengkritik sebab menyanyi di sanalah memberikan lebih rezeki, wang ringgit untuk teruskan hidup. Itu sahaja cara yang saya ada dulu," katanya seperti dipetik Media Hiburan.



Tegasnya, dia tahu apa pegangan hidup dan tahu apa yang dia buat di dalam premis berkenaan.

"Saya menyanyi di kelab dari umur 23 hingga 27 tahun.

"Hampir setiap hari buat persembahan meski ia bukanlah secara kontrak. Saya menyanyi sekiranya ada permintaan. Kalau hari minggu, saya mula menyanyi sekitar jam 10.00 malam hingga waktu maksimum jam 1.00 pagi," jelasnya.

April 06, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad