Post Top Ad

28.4.21

Ayda Jebat umum hamil empat bulan, pernah hampir keguguran kerana tekanan



Teka-teki tentang Ayda Jebat yang dikatakan sedang hamil akhirnya terjawab apabila pelakon dan penyanyi itu mengesahkan dirinya kini sedang hamil empat bulan.

Menyentuh mengenai kehamilan, Ayda mengakui berdepan alahan yang teruk selain belum bersedia untuk mengumumkan jantina anak sulungnya.

"Insya-Allah saya dijangka bersalin pada Oktober depan. Buat masa ini jantina anak kami rahsiakan dahulu. Kami akan mengadakan majlis pengumuman istimewa nanti.

"Soal alahan saya juga tidak terlepas mengalaminya. Pernah satu malam saya tiba-tiba terjaga dari tidur dan muntah atas katil. Saya juga mengalami alahan bau, tetapi bukan bau makanan cuma bau dapur dan cecair pembasmi kuman," katanya.

Dalam pada itu, Ayda mendedahkan dia hampir mengalami keguguran kerana berdepan tekanan kerja selain kecewa dengan berita kehamilan yang disiarkan tanpa izin dirinya dan suami, Nabil Mahir.

Akibat daripada berita itu dia terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami pendarahan.

"Saya bekerja dengan banyak jenama. Jadi saya memerlukan masa untuk mengatur semula jadual kerja sebaik disahkan hamil.

"Disebabkan komitmen kerja yang perlu dibuat dalam tempoh yang singkat menyebabkan saya penat sehingga hampir mengalami keguguran akibat pendarahan yang berlaku,"katanya.

Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas mengadakan majlis pertunangan atas talian pada 28 April tahun sebelumnya kerana terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumber: Hmetro


April 28, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad