Selebriti dan usahawan popular, Neelofa menerima dengan hati yang terbuka kompaun RM20,000 yang dikenakan selepas melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.
Menurut Neelofa, dia menjadikan perkara itu sebagai pengajaran dan peringatan buat dirinya untuk sentiasa menitikberatkan soal kepentingan SOP.
“Seperti yang telah diberitakan, ya, saya sudah dimaklumkan tentang kompaun yang dikenakan terhadap saya dan Haris.
“Saya menerima dengan hati yang terbuka dan menjadikan kompaun ini sebagai satu pengajaran untuk menggunakan kebenaran merentas negeri atas tujuan yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa.
“Ia juga peringatan buat saya dan semua yang terlibat pada majlis kahwin saya untuk sentiasa menitikberatkan soal kepentingan SOP,” kata Neelofa dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Facebook.
Dalam pada itu Neelofa turut memohon maaf sekiranya kes itu telah mengganggu kelancaran kerja-kerja harian orang ramai.
“Saya ingin meminta maaf sekali lagi jika kes ini memberi sedikit masalah kepada kelancaran kerja-kerja harian kalian.
“Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama yang baik dalam menguruskan kes saya,” katanya.
Artikel berkaitan: SAH! Neelofa, PU Riz dan keluarga Neelofa dikompaun langgarSOP, kompaun keseluruhan RM60,000
Terdahulu, Neelofa telah dikenakan dikenakan kompaun RM20,000 atas dua kesalahan berkaitan melanggar SOP majlis perkahwinan dan rentas negeri.
Sementara itu PU Riz atau Muhammad Haris Ismail dikenakan kompaun RM10,000 kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri ke Pulau Langkawi yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa.
Selain itu 20 ahli keluarga Neeloga dikenakan kompaun RM1,500 seorang yang berjumlah RM30,000.00 kerana gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sewaktu majlis akad nikah berlangsung.
No comments:
Post a Comment