Ramadan tahun ini merupakan tahun ketiga Zizi mengenakan
tudung sempena bulan yang mulia.
Sama seperti tahun sebelumnya, Zizi atau nama sebenar Nur
Fazelah Mad Tahil, 36, berkata dia membuat demikian atas kerelaaan diri
sendiri.
"Alhamdulillah tahun ketiga saya masih sama... bulan
ramadan ini saya teruskan bertudung. Sama seperti yang saya pernah katakan
sebelum ini... saya mohon orang ramai mendoakan yang baik-baik.
"Manalah tahu saya akan bertudung terus selepas
ini," tutur penyanyi Zizi Kirana yang kini masih meneruskan amalan menutup
aurat bagi menghormati bulan Ramadan ini.
Sebelum itu menerusi Instagram, penampilan Zizi dengan
mengenakan tudung dan memakai jubah menerima pujian pengikut.
"Zizi ni paling cantik masa bulan Ramadan... pakai tudung dan sebagainya,
harap dia dapat istiqamah dan cantik sampai bila-bila.
"Subhanallah cantik sangat... sejuk mata kami memandang!" tulis
pengikut pada ruangan komen.
Bercakap mengenai karier seni, penyanyi lagu 'Eh' ini
berkata Ramadan kali ini dia sibuk menjalani penggambaran drama dan pembikinan
video muzik lagu raya.
"Aktiviti Ramadan kali ini agak sibuk berbanding tahun sebelum ini, bulan
puasa ini saya lebih banyak di set penggambaran drama. Selain itu saya juga
perlu menyiapkan pembikinan MV lagu raya dalam masa terdekat. Semoga semua
urusan ini dipermudahkan. InsyaAllah.
"Saya juga baru lancarkan dua lagu sempena Ramadan ini iaitu Syafaat
kolaborasi bersama kumpulan Unic dan lagu Ramadan bersama Hafiz Hamidun,"
ujarnya.
No comments:
Post a Comment