Post Top Ad

30.4.21

Langgar SOP Dan Terpalit Kontroversi, Swarovski Sahkan Tamat Kolaborasi Dengan Neelofa

Nama selebriti dan usahawan popular Neelofa masih menjadi bualan hangat netizen sejak dirinya melanggar standard operasi prosedur (SOP) tidak berakhir lagi.


Terbaharu, jenama batu kristal mewah antarabangsa, Swarovski memberitahu di akaun rasmi Twitter rasmi mereka bahawa pihak mereka sudah tidak bekerjasama dengan Neelofa lagi.


Perkara tersebut diberitahu menjawab persoalan pengguna Twitter mengenai status kolaborasi diantara Neelofa dan Swarovski.


Seorang pengguna Twitter ulang kicau kesalahan yang dilakukan oleh Neelofa sehingga dikenakan kompaun baru-baru ini, membandingkan situasi tersebut dengan selebriti di Korea Selatan.


Beliau berkata jika Neelofa merupakan selebriti Korea Selatan, isu sebegini mampu membuatkan selebriti disana hilang kolaborasi sebagai duta jenama tersebut.


Tidak berdiam diri, jenama Swarovski turut membalas ciapan tersebut dengan mendedahkan status terkini mereka dengan Neelofa.


Untuk rekod, Neelofa menjadi wanita berhijab pertama dunia yang muncul sebagai penghias billboard jenama mewah Swarovski sejak 2017.


Malah, kerjasama itu membawa Neelofa mengembara ke beberapa negara seluruh dunia termasuk Emiriah Arab Bersatu dan Austria.


Busana nikahnya pada Mac lalu juga diserikan dengan 5,000 butir batu kristal Swarovski.
April 30, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad