Post Top Ad

7.4.21

Makcik Petir sudah tiada, Noryati Taib meninggal dunia



PELAKON Noryati Taib,63, yang popular dengan panggilan Makcik Petir, meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi tadi.

Berita sedih itu dikongsikan oleh anaknya, Faizul Hafiz Hashim menerusi hantaran di Facebook.

“Assalamualaikum, dukacita dimaklumkan mama saya, Hajah Noryati Bte Taib telah meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi, sebentar tadi.

“Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga allahyarhamah di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.

Sementara itu, anak saudara Allahyarham iaitu penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin turu memaklumkan berita pemergian dramatis itu melalui perkongsian di laman sosial Instagramnya.

“Assalamualaikum, dukacita abang nak beritahu semua, mak saudara abang, Mak Uda Yati aka Makcik Petir, baharu sahaja sebentar tadi menghembuskan nafas terakhirnya.

“Bagi semua para peminat Mak Uda Yati, marilah kita sama-sama mendoakan agar roh beliau dirahmati Allah, dihimpunkan beliau dalam kalangan mereka yang solehin.

“Sudikah kiranya dapat hadiahkan Al-Fatihah untuk arwah dan semoga Allah memberikan kekutan pada semua ahli keluarga besar kami dalam berdepan dengan dugaan in,” tulisnya.

Sebelum ini, URTV melaporkan mengenai kesihatan arwah yang postitif Covid-19 pada 3 Februari lalu.

Walau bagaimanapun, selepas dirawat dan menjalani tempoh kuarantin kendiri, arwah disahkan negatif daripada wabak terbabit.

Untuk rekod, sekitar 2017, arwah pernah dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru.

Malah, sebelah kakinya turut terpaksa dipotong akibat penyakit kencing manis yang dihidapi.

Sepanjang aktif dalam dunia lakonan, arwah pernah terlibat dalam drama Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty dan Tari Tirana.

Sumber: Utusantv

April 07, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad