Usaha keras selama tujuh bulan menjalani rutin senaman dan
diet yang ketat akhirnya membuahkan hasil apabila kini badan penyanyi Ismail
Izzani tampil lebih sasa atau ‘sado’.
Mengakui bukan mudah untuk tubuh badan seperti itu, Ismail memberitahu
dia menerima tunjuk ajar daripada jurulatih kesihatan bertauliah dan perlu
mengikuti senaman di gimnasium secara konsisten.
Kata Ismail, dia sebenarnya sudah lama melakukan senaman
kesihatan di gimnasium sejak tahun 2017 tetapi atas sebab jadual kerja yang
padat dia tidak konsisten melakukan senaman.
“Dalam masa tujuh bulan saya pergi gim lima kali seminggu,
saya juga makan ayam seekor sehari untuk lunch, semua rutin ini dikawal oleh
jurulatih yang menjaga pemakanan saya.
“Sejujurnya senaman di gim tak susah, nak makan banyak tu
yang susah, pertama kali makan sebanyak itu memang saya muntah sebab tak tahan,
tapi selepas seminggu perut dah boleh terima..”
Dalam pada itu, Ismail berpuas hati dengan berat badan yang
dicapai dan berkata dia kini lebih berkeyakinan apabila berjumpa orang ramai.
Tidak mahu badan terlampau sasa, Ismail hanya ingin sihat
dan cergas kerana dia perlu menari dan menyanyi.
Soal sering berkongsikan foto sewaktu berada di gimnasium, Ismail memberitahu
niatnya hanya ingin memberi motivasi kepada mereka di luar sana agar menjaga
kesihatan tubuh badan.
“Saya juga mahu beritahu orang ramai yang mereka masih belum
terlambat untuk mulakan aktiviti sihat ini sebab pakcik saya sendiri yang
berumur 40 tahun pun dah mula buat badan..” kata Ismail.
Sumber: Mstar
No comments:
Post a Comment