Bermula 28 April 2021, pelanggan NJOI
berpeluang untuk menonton program-program kegemaran masing-masing dalam versi
berdefinisi tinggi atau HD menerusi Pek NJOI HD yang terbaharu. Pek ini
menampilkan sepuluh (10) saluran HD pada harga RM15 untuk langganan selama 30
hari. Pelanggan kini juga boleh menikmati dan merasai pengalaman yang cukup
mudah untuk melakukan sebarang pembelian tambah nilai ke atas kredit prabayar
dan melayari sajian kandungan dan memilih seleksi pek yang disediakan menerusi
aplikasi terbaharu, My NJOI.
Memperkenalkan NJOI HD, pengalaman
tontonan bertaraf premium, khas buat pelanggan
Pek NJOI HD membolehkan pelanggan menonton program-program kegemaran
masing-masing seperti filem, aksi sukan secara siaran langsung, dokumentari,
sajian drama terbaharu dan variasi rancangan tempatan dengan lebih jelas, dalam
versi berdefinisi tinggi (HD). Semua pelanggan boleh menikmati sehingga sepuluh
saluran dalam versi berdefinisi tinggi menerusi Pek NJOI HD yang terbaharu ini
pada harga hanya RM15 untuk 30 hari langganan. Sepuluh saluran tersebut adalah
Astro Prima, Astro Oasis, Astro Vaanavil, Astro Xiao Tai Yang, Astro AEC,
CCTV4, Astro Awani, Hello, eGG dan Astro Arena.
Untuk Ramadan dan musim perayaan
Aidilfitri yang akan datang ini, pelanggan NJOI boleh menikmati dan berhibur
dengan seleksi program popular seperti ‘Jejak Ebit Liew’, ‘Hati Yang
Dikhianati’ (Astro Prima) dan ‘Geng Ngaji’, ‘SOP Jiwa’ di saluran
Astro Oasis. Bagi setiap pelanggan yang membeli Pek NJOI HD dan
mana-mana saluran lain secara prabayar, mereka kini boleh menikmati
program-program menarik berikut dalam versi berdefinisi tinggi (HD) seperti
siri Astro Originals, ‘Kampung Pisang Raya’ dan ‘Projek: Anchor SPM’,
serta sajian drama Melayu terhebat seperti ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’,
berita-berita mutakhir di ‘Awani 7.45’ dan ‘Evening Edition’,
program-program antarabangsa seperti ‘Beyond Evil’, ‘You Are My Hero’ dan
‘Dil Se Dik Tak’; serta rancangan menarik kanak-kanak, termasuklah ‘Upin
& Ipin’, ‘Didi & Friends’, ‘Ejen Ali’ dan banyak lagi.
Aplikasi My NJOI – Aplikasi peneman
paling sempurna buat NJOI HD
Pelanggan NJOI digalakkan untuk
memuat-turun aplikasi My NJOI bagi memudahkan sebarang urusan yang melibatkan
pembelian kredit prabayar NJOI. Aplikasi ini menawarkan pengalaman yang cukup ringkas
dah cepat kepada sajian kandungan yang ditawarkan NJOI dalam versi katalog,
yang mana ia membenarkan pelanggan untuk membuat urusan tambah nilai kredit
NJOI dan menyemak baki kredit masing-masing pada bila-bila masa, di mana jua
mereka berada. Pelanggan juga boleh kekal maklum dengan sebarang perkembangan
terkini program-program terbaharu yang disiarkan serta mengetahui info mengenai
promosi yang ditawarkan, terutamanya yang melibatkan program-program kegemaran
masing-masing. Aplikasi NJOI ini sedia untuk dimuat-turun di kedua-dua peranti
iOS dan Andriod bermula 28 April 2021.
Pengarah NJOI di Astro, Mazhairul
Jamaludin berkata, “Sejak dari tahun 2012
lagi, NJOI memainkan peranan penting dalam membantu mengurangkan jarak
penguasaan digital di kalangan rakyat Malaysia dengan menyediakan akses penting
kepada segmen pendidikan, informasi, berita, hiburan termasuklah aksi sukan
kepada masyarakat. Hari ini, lebih dari 90% isi rumah di Malaysia memiliki HDTV
atau Smart TV, seterusnya mengukuhkan hakikat bahawa perkhidmatan HD atau
berdefinisi tinggi merupakan sesuatu yang baru dan normal kepada ramai di
kalangan kita. Pelancaran Pek NJOI HD ini dilakukan pada masa yang tepat kerana
kini pelanggan NJOI boleh merasai pengalaman menonton sajian kandungan yang
berkualiti dalam versi HD, di rumah masing-masing menerusi HDTV. Sehubungan
dengan itu juga, kami turut melancarkan aplikasi My NJOI dan menawarkan
pengalaman yang sangat mudah di ruangan digital untuk sebaran urusan yang
melibatkan pembelian kandungan atau menambah nilai perkhidmatan prabayar
masing-masing. Dengan inovasi ini, NJOI kekal komited dalam menawarkan setiap
pelanggan yang ada di luar sana dengan Nilai terbaik, Pilihan dan Kemudahan,
serta pengalaman tontonan terhebat kepada mereka.”
Beli
‘Sports Pass’ NJOI untuk menikmati kesemua perlawanan UEFA EURO 2020 dan
berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik
Bagi mana-mana peminat bola di saluran
NJOI, anda kini boleh membeli ‘Sports Pass’ untuk menonton kesemua 51
perlawanan UEFA EURO 2020 dalam versi berdefinisi tinggi (HD) di
saluran-saluran yang disediakan khas. ‘Sports Pass’ ini hanya berharga RM70
buat mereka yang membelinya awal atau pembelian ‘early bird’ iaitu mulai
5 Mei – 31 Mei 2021. Menariknya lagi, pelanggan juga boleh membeli gabungan Pek
NJOI HD dan ‘Sports Pass’ secara ‘bundle’ hanya pada harga RM75 sahaja.
Pelanggan juga boleh terlibat dalam
peraduan GAMEBIRA NJOI dari 5 Mei 2021 hingga 8 Ogos 2021 dan berpeluang untuk
memenangi hadiah-hadiah menarik seperti HDTV, baucar sukan dan barangan
cenderahati istimewa EURO.
Dapatkan
rebat atau diskaun menerusi tawaran kempen NJOI HD
Bagi meraikan pelancaran Pek NJOI HD ini, NJOI akan menganjurkan dua
promosi utama untuk menggalakkan pelanggan menaiktaraf dan menikmati
perkhidmatan NJOI HD mereka. Dua promosi tersebut adalah:
· Promosi My NJOI – Muat-turun aplikasi My NJOI hari ini dan jadi 5,000 pelanggan pertama yang membeli Pek NJOI HD menerusi aplikasi My NJOI dari 28 April 2021 – 31 Julai 2021, dan anda akan diberikan rebat bernilai RM10.
·
Pek Prabayar
dengan tawaran NJOI HD – Bagi mana-mana pelanggan
yang membeli pek prabayar terpilih menerusi Pek NJOI HD, anda akan menerima
diskaun sebanyak RM10 atau rebat bernilai RM10 sebagai sebahagian dari tawaran ‘bundled’,
dari 30 April 2021 – 31 Oktober 2021.
Pek NJOI HD ini boleh dibeli menerusi
aplikasi My NJOI, atau di saluran 200, laman rasmi NJOI, WhatsApp NJOI mahupun di
peruncit-peruncit terdekat NJOI. Pelanggan baru NJOI boleh membeli kotak NJOI
pada harga RM379 dan untuk menikmati pengalaman tontonan lebih hebat, mereka
boleh terus membeli Pek NJOI HD pada harga RM15 sebelum membuat sebarang
pembelian prabayar mana-mana saluran atau pek. Untuk maklumat lanjut mengenai
NJOI HD dan aplikasi My NJOI, sila layari www.njoi.com.my atau
hantarkan mesej WhatsApp ke 03-9543 8100.
No comments:
Post a Comment