Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa Mohd Noor atau
Neelofa dikenakan kompaun RM20,000 atas dua kesalahan berkaitan prosedur
operasi standard (SOP) majlis perkahwinan dan rentas negeri.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner
Mohamad Zainal Abdullah, pasangan itu dan keluarga mereka didapati bersalah
kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh Majlis
Keselamatan Negara (MKN).
"Neelofa dikompaun sebanyak RM20,000 bagi dua kesalahan
iaitu gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter
sewaktu majlis akad nikah berlangsung.
"Selain itu dia juga telah melanggar kebenaran untuk
tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai... tiada diskaun dibenarkan
bagi kedua-dua kompaun," katanya.
Sementara itu PU Riz atau Muhammad Haris Ismail dikenakan
kompaun RM10,000 kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri ke
Pulau Langkawi yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa.
No comments:
Post a Comment