Post Top Ad

29.4.21

“Sangat tak masuk akal saya bernikah dengan Annuar Musa” – Nora



Penyanyi terkenal, Datuk Nora menegaskan, laporan yang tersebar luas di laman Twitter kononnya beliau sudah menikahi Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa tidak benar dan tidak masuk akal.


Nora akui tergamam sebaik dimaklumkan oleh anak sulungnya, Muhammad Syakir Iman mengenai perkara tersebut.


“Saya tergelak juga bila membacanya, tapi dalam masa sama perkara itu sangat-sangat tidak masuk akal. Saya buat keputusan untuk mengabaikannya kerana itu hanyalah gosip semata-mata, tidak pernah berlaku apa yang dikhabarkan,” tegasnya.


Sejak Rabu, tular di Twitter kononnya Nora kini sudah bernikah sehingga menyebabkan Muhammad Syakir tampil mempertahankan ibunya dengan menafikan Annuar kini bergelar ayah tirinya. Nora didakwa bergelar isteri kedua tokoh politik itu.


Seperkara lagi, menurut penghibur kelahiran Kelantan itu lagi, beliau dengan Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh juga mempunyai pertalian keluarga.


Dalam masa sama, isteri Annuar, Puan Seri Rosniah Ab Rahman juga, kata Nora, beberapa kali pernah memesan juadah yang dijualnya.


“Sangat tak masuk akal. Tolonglah jangan buat fitnah macam ini. Fikirkan hati orang lain, kasihan orang lain akan terpalit dalam cerita tidak betul seperti ini,” kata Nora lagi.


Sementara itu, Nora memohon pihak yang mencetuskan berita palsu mengenai pernikahan beliau dengan Anuar agar berhenti daripada bercakap hal-hal fitnah.


“Dalam bulan penuh kemuliaan ini eloklah kita fokus pada amal ibadah, janganlah sibuk bercakap hal orang lain. Apa pun saya maafkan orang yang menyebarkan berita palsu ini,” kata Nora.


Nora, 48, masih sendirian selepas kehilangan suami tercinta, Allahyarham Johan Nawawi sekitar empat tahun lalu apabila komposer ternama tanah air itu meninggal dunia pada 24 Mac 2017.

Sumber: Astro Awani


April 29, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad