Kemelut rumah tangga yang berlaku sebelum ini akhirnya
menemui titik noktah apabila pelakon Nadia Brian mengesahkan suami, Muizz
Nasruddin sudah menceraikannya dengan talak satu pada Sabtu lalu.
Menurut laporan portal berita tempatan, penceraian itu telah
dilafazkan di luar mahkamah seperti yang diminta oleh Muizz.
“Muizz sudah lafazkan cerai kelmarin tepat pukul 8.20 malam.”
“Penceraian kami dilafazkan di luar mahkamah seperti yang
diminta oleh bekas suami.”
“Alhamdullilah segalanya sudah selesai, dan ya saya okey sahaja
ketika ini,” katanya.
Dalam pada itu, Nadia turut memuat naik satu posting di
Instagram bagi mengesahkan hal penceraian tersebut.
“Assalamualaikum semua, yes betul saya sudah bercerai.
Alhamdulillah saya sangat bersyukur setelah beberapa lama gantung tanpa tali,
akhirnya saya bercerai.”
“Terima kasih Allah, keluarga, rakan-rakan serta semua yang
mendoakan semuanya berakhir dengan baik.”
“Dan saya harap semua pihak jangan kaitkan saya &
keluarga saya dengan pihak sana.”
“Sekarang masing-masing boleh teruskan kehidupan dengan
lebih aman. Fokus saya sekarang ini keluarga dan kerjaya. Terima kasih semua.” tulis
Nadia di Instagram.
Sebelum ini, isu keretakan rumah tangga Nadia hangat
diperkatakan sejak Oktober tahun lalu dan lebih perit lagi apabila dia didakwa
telah berlaku curang dengan lelaki lain.
Nadia menafikan
tuduhan yang dilemparkan terhadapnya dan menyifatkannya sebagai fitnah
semata-mata.
Nadia dan Muizz mendirikan rumah tangga pada 9 November 2019.
No comments:
Post a Comment