Genap usia seminggu, penyanyi
nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya mendedahkan wajah dan
nama cahaya mata lelakinya yang dilahirkan pada 19 April lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Siti memilih nama
Muhammad Afwa yang membawa makna keampunan atau kemaafan.
“Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang
elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat
kelak.
“Alhamdulillah, hari ini, suami dan saya ingin berkongsi
wajah dan nama anakanda kedua kami.
“Kami menamakan anakanda kami dengan nama Muhammad Afwa yang
membawa makna keampunan atau kemaafan,” katanya.
Penyanyi Aku Bidadari Syurgamu itu turut menitipkan doa agar
anak keduanya itu sentiasa berada dalam keampunan dan kemaafan Allah SWT.
“Muhammad Afwa lahir pada bulan Ramadan, bulan keampunan dan
di dalam doa malam Lailatul Qadar juga ada menyebut afwa.
“Afwa melengkapkan Afiyah dan terdapat di dalam doa yang
saya dan suami pilih iaitu doa lengkap afiyah.
“Semoga anakanda Muhammad Afwa sentiasa di dalam keampunan
dan kemaafan Allah SWT dan kita semua juga di dalam lindungannya,” ungkapnya.
Afwa dilahirkan di pusat perubatan swasta di Kota Damansara,
Selangor pada 19 April lalu.
Siti mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohd.
Jiwa pada 21 Ogos 2006.
Hasil perkongsian hidup pasangan ini turut memiliki seorang anak perempuan iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun.
No comments:
Post a Comment