Post Top Ad

26.4.21

TAHNIAH! Tasha Shilla kini bergelar ibu, selamat bersalin anak lelaki



Khabar gembira itu dikongsikan oleh Tasha atau nama penuhnya, Natasha Sheila Abdul Razak,34 menerusi satu entri di Instagram.

“Alhamduillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah inayahNYA dan keizinanNYA, dapat saya melahirkan anak sulung lelaki kami pada hari Ramadan ke-12 iaitu 24 April hari Sabtu.

“Terima kasih pada semua yang telah mendoakan kesihatan saya dan keluarga sepanjang masa,” tulisnya.


Tasha turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang dalam proses bersalinnya.

“Saya sangat hargai pada semua pihak yang telah memabntu menyempurnakan proses bersalin ini terutamanya pihak keluarga, sahabat-sahabat, pasukan perubatan di hospital.

“Dan yang paling istimewa dalam hidup, suami saya, Atiq Idris. Terima kasih kerana memberikan saya semangat, sentiasa membahagiakan saya dan menjadi suami yang soleh. Saya sangat kamu,” katanya.

Walau bagaimanapun, Tasha masih belum mendedahkan wajah dan nama anak lelakinya kepada umum.

Tasha dan Atiq mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020 di Masjid Wilayah Kuala Lumpur.




April 26, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad