PELAKON Uqasha Senrose sudah dirisik oleh kekasih hatinya
yang juga seorang pelakon, Kamal Adli dalam majlis yang diadakan di sebuah
hotel,di Kuala Lumpur pada petang Ahad.
Menurut laporan Harian Metro, adik Uqasha iaitu pelakon
Raysha Rizrose mengesahkan khabar gembira tersebut dan memberitahu majlis itu
diadakan secara tertutup dengan dihadiri hanya ahli keluarga rapat kedua-dua
belah pihak sahaja termasuk Kamal sendiri.
"Kamal bersama ibu bapa dan keluarganya baru datang
merisik. Belum bertunang lagi. Sebagai adik, alhamdulillah, satu langkah sudah
selesai.
"Sebelum ini hanya persiapan saja, apabila sudah
merisik dan bakal ke fasa seterusnya, sudah tentu membuatkan saya sebak dan
dalam masa sama gembira.
"Harapnya semua yang dirancang berjalan lancar. Mereka
buat banyak majlis nanti, jadi kami siap sedia lah akan sibuk," katanya
kepada Harian Metro.
Raysha berkata, kegembiran pada wajah Uqasha jelas terpancar
sejak menjalin hubungan dengan Kamal.
"Sebelum ini kakak melalui banyak dugaan bercinta.
Apabila dia sudah jumpa jodoh sebenar, saya gembira tengok dia.
"Malah, memang jelas kelihatan wajah kegembiraan kakak
apabila dengan Kamal. Dia juga sudah bersedia untuk menjadi isteri dan melayari
bahtera perkahwinan," katanya.
Terdahulu, Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha
sewaktu tampil berpasangan menjadi penyampai pada Anugerah MeleTOP Era 2020
(AME2020) pada Disember tahun lalu.
Baru-baru ini Kamal dan Uqasha telah berkongsi mengenai
perancangan mereka yang akan bernikah di sebuah pusat peranginan tanah tinggi
pada tahun ini.
Malah, mereka juga bakal diraikan dalam tiga buah majlis
yang pastinya akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah
ditetapkan oleh kerajaan.
Sumber: Harian Metro
No comments:
Post a Comment