Selepas berita dirinya dikenakan kompaun kerana melanggar
prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan, nama Neelofa
kembali menjadi bualan hangat gara-gara memuat naik gambar burger di Instagram
Storynya telah mengundang kemarahan warganet.
Bagi netizen, apa yang dimuat naik selebriti dan usahawan
itu seolah-olah seperti menyindir seorang peniaga makanan yang dikompaun
RM50,000 baru-baru ini.
Dengan menggunakan kapsyen “Moreh burger malam ni meh”, ia
telah menyebabkan Neelofa dituduh sengaja mencetuskan kemarahan orang ramai dan
‘memperlekehkan’ nilai kompaun yang dikenakan oleh peniaga gerai burger
berkenaan.
Menyedari posting tersebut telah disalah ertikan, Neelofa telah
pun memadamkan gambar tersebut dan memberitahu dia sama sekali tidak berniat
untuk memerli apatah lagi mahu mencetuskan salah faham terhadap mana-mana pihak
sepertimana yang dilemparkan kepadanya.
“Ya Allah, ramai salah anggap dan bersangka tidak baik.
Sebelum saya memuat naik gambar tersebut, peguam saya sudah menghubungi penjual
burger itu.
“Dan kami juga sudah menghubungi pihak polis untuk
bertanyakan tentang jumlah kompaun yang dikenakan sebab saya minta untuk bantu
selesaikan bayarannya dengan izin Allah,” katanya.
Dalam pada itu, Neelofa itu turut memuat naik tangkap layar
mesej perbualannya melalui WhatsApp bersama peguam menunjukkan dia telah lama
ingin membantu membayar kompaun yang dikenakan peniaga terbabit sebelum dia
memuat naik foto burger tersebut.
No comments:
Post a Comment