Post Top Ad

3.5.21

“Aku bukan sugar mummy kau ya!” Bercerai kali kedua, Zarina Anjoulie minta bekas suami pulangkan telefon bimbit dan beg jenama mewah



Pelakon Zarina Anjoulie mengesahkan dia sudah bercerai buat kali kedua dengan suaminya, Eilyas Azhar selepas kembali rujuk pada bulan Mac lalu.


Menerusi posting di Instagram, Zarina mendedahkan Eilyas atau dikenali sebagai Yas telah melafazkan cerai baru-baru ini.


“Ramai tanya betul ke Anju (Zarina) dan Yas (suami) dah cerai. Yes, betul kami dah cerai,” tulis Zarina.

Dalam pada Zarina turut menulis mengenai penceraiannya menerusi posting di Instastory serta meminta bekas suaminya untuk memulangan semua barangan yang telah diberi sebelum ini seperti telefon bimbit dan beg jenama mewah.


“Alhamdulillah, kau dah ceraikan aku. Jangan malu-malu bagi barang-barang aku balik, yang kau pakai, beg, kasut sebab aku bukan sugar mummy kau ya.


“Kau dah boleh pergi beli telefon baru, aku nak telefon aku balik,” tulis Zarina dalam Insta Storynya.


Sebelum ini, Zarina dan Yas pernah bercerai pada Februari lalu namun kembali rujuk semula sebulan kemudian.


Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu di Pejabat Agama islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.


Untuk rekod, Zarina juga pernah bernikah dengan lelaki berasal dari Brunei pada 2015 namun bercdrai pada Disember 2016.


Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.


May 03, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad