Nama selebriti dan usahawan popular Neelofa sekali lagi
menjadi bualan hangat netizen apabila didakwa sekali lagi telah melanggar prosedur
operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana melakukan
ziarah sempena Aidilfitri.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter telah memuat naik
tangkap layar video satu entri yang dikongsi oleh kakak Neelofa iaitu Noor
Nabila di akaun Instagram miliknya yang telah dipadam tidak lama selepas dimuat
naik.
Dalam video tersebut kelihatan ahli keluarga Neelofa sedang
bersalam-salaman dan berpelukan dipercayai pada 1 Syawal lalu.
Assalamualaikum pic.twitter.com/rDtKezLmgW
— Naz. (@TheZollonist) May 17, 2021
Selain Neelofa, turut kelihatan dalam video berkenaan adalah
suami Neelofa, Haris Ismail atau PU Riz; ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor
Mohamed dan bapa tiri Neelofa, Datuk Abdul Halim Khan Lall; Nabila dan suami,
Engku Emran Engku Zainal Abidin serta anaknya, Engku Aleesya dan adik lelaki
Neelofa, Mohd Aqief.
Video tersebut mengundang pertikaian netizen kerana
mencetuskan tanda tanya apakah mereka semua tinggal sebumbung kerana aktiviti
kunjung-mengunjung tidak dibenarkan ketika dalam Perintah Kawalan Pergerakan
sepanjang perayaan ini.
No comments:
Post a Comment