Post Top Ad

10.5.21

Cerai kali ketiga melalui Whatsapp, Fiza Halim kembali berstatus janda



Lebih setahun merahsiakan status dirinya, bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim akhirnya mengesahkan sudah berpisah dengan juruterbang Aizat Al Jefri sejak 22 Julai tahun lalu.


Reda perkahwinan ketiganya kecundang di tengah jalan selepas empat tahun hidup bersama, Fiza berkata baru sekarang dia mempunyai kekuatan untuk mendedahkan perkara tersebut.


“Saya ambil masa untuk merungkaikan hal sebenar sebab ia bukan mudah. Baru kini saya ada kekuatan untuk mendedahkan status diri. Kami bercerai talak satu…saya diceraikan menerusi aplikasi WhatsApp.


“Punca atau sebab kami berpisah, biarlah saya simpan dan tanggung sendiri. Saya tak mahu buka aib sesiapa.


“Saya sedar dengan status pernah berkahwin sebanyak tiga kali, pasti akan ada yang memandang serong. Namun saya hanya manusia biasa yang tak lepas diuji.

“Saya tak hidup dek puji, tak mati dek keji,” katanya.


Dalam pada itu, Fiza atau nama penuhnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim,42, memberitahu dia sukar melelapkan mata sejak tiga minggu lalu kerana terlalu memikirkan nasib dirinya.


“Mata mengantuk tapi tak boleh tidur. Otak seolah-olah berjalan memikirkan pelbagai perkara termasuklah nasib diri ini.


“Saya ‘lost’ dan terkapai-kapai memikirkan pengakhiran hidup saya dan keluarga.


“Namun saya bersyukur kerana ada yang datang membuka jalan untuk cuba cabang kerja baharu. Mungkin saya akan mempertimbangkan tawarankerja itu.


“Cuma saya belum terfikir untuk kembali aktif dalam dunia seni buat masa ini. Mungkin saya akan lebih terbuka jika ada tawaran bergelar duta selepas ini,” ujarnya.


Dalam pada itu, Fiza cukup beruntung kerana bekas suami menerusi perkahwinan pertama, Ahmed Farriq Zainul Abidin memberi sokongan terutama dalam penjagaan anak mereka, Ferra Aryana,13 dan Feeya Adyrra,12.


Mereka bercerai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.


Kemudian, Fiza mendirikan rumah tangga dengan bekas peserta Akademi Fantasia, Adam pada September 2013 dan bercerai pada 2015.


Sementara itu, Fiza turut menafikan khabar angin yang mendakwa dia telah berkahwin dengan pelawak Saiful Apek dan bergelar isteri kedua gara-gara tersebar foto mesra mereka yang dikongsi Fiza di Instagram (IG).


"Tidak ada istilah saya menjadi isteri keduanya. Kami hanya bertemu di sebuah program 'game show'. Foto yang tular itu dirakamkan isterinya sendiri.


"Kami sama-sama ketawa apabila mendapat tahu gosip bertebaran," katanya.

 

Sumber: Bharian

Jom follow kami di Telegram untuk tidak terlepas berita sensasi dan terkini : https://t.me/cincaimedia
May 10, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad