Setiap kali tibanya Syawal, pasti ramai selebriti akan
berkongsi foto busana raya mereka bersama keluarga.
Pelakon Nad Zainal turut berkongsi foto raya bersama keluarga
tercinta yang menggayakan pakaian dengan tema berwarna hijau gelap di Instagram.
Foto tersebut menarik tumpuan pengikutnya di Instagram
kerana anak kedua Nad iaitu Budi Kalsom yang dilahirkan pada 30 Mac lalu turut ‘melaram’
sempena Aidilfitri.
Nad mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Muhammad Faliq
Amiruddin pada 18 Disember 2015 dan turut mempunyai seorang anak lelaki, Fahad
Ibrahim kini sudah berusia lima tahun.
No comments:
Post a Comment