Post Top Ad

14.5.21

“Dah lama tunggu gambar ni” – Peminat doakan rumah hubungan Puteri Sarah & Syamsul Yusof dihindar dari sebarang anasir jahat



Setelah sekian lama tidak memuat naik gambar bersama di laman sosial, Puteri Sarah Liyana akhirnya berkongsi gambar bersama suami, Shamsul Yusof dan dua anak mereka ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Selain gambar bersama suami dan anak-anak, dia turut memuat naik foto bersama ibu bapa serta keluarga mentuanya di Instagram.


Menerusi ruangan komen, peminat serta rakan artis menzahirkan rasa gembira melihat situasi berkenaan dan mendoakan hubungan mereka berkekalan sehingga akhir hayat.


“Akhirnya, Alhamdulillah…dah lama tunggu gambar ni, semua bersama. Semoga hubungan ini diberkati dan dihindar dari sebarang anasir jahat,” kata seorang pengguna Instagram.


Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul bernikah pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam,4, dan Sumaiyyah yang kini berusia dua tahun.


Tahun lalu, rumah tangga pasangan ini didakwa berantakan selepas Puteri Sarah dilihat muncul di pejabat agama sekitar September 2020.


Bagaimanapun, pada Januari lalu, kemelut rumah tangga mereka menemui jalan penyelesaian meskipun ada individu yang kurang senang melihat mereka telah kembali berbaik semula.

Jom follow kami di Telegram untuk tidak terlepas berita sensasi dan terkini : https://t.me/cincaimedia
May 14, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad