Gara-gara mendedahkan dirinya dapat beraya di kampung
halaman di Kulim, Kedah menggunakan surat merentas negeri ibunya, penyanyi Masya
Masyitah kini disiasat oleh pihak polis.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim
berkata, beliau mengarahkan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Kulim untuk menjalankan siasatan berhubung perkara itu.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat, artis terbabit didakwa
pulang ke kampung menggunakan surat kebenaran merentas negeri pasangan jarak
jauh disebabkan ibu dan bapanya tinggal berjauhan.
“Setakat ini saya boleh katakan, siasatan masih dijalankan
dan kita akan tengok adakah benar apa yang ditularkan di Facebook (FB).
“Sekiranya ada unsur yang menyalahi undang-undang, tindakan
tegas akan diambil terhadap artis terbabit,” katanya memetik laporan Harian
Metro.
Sebelum ini timbul kekecohan setelah pihak media melaporkan,
Masya atau nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff memohon maaf dan
memberi penjelasan mendapat ‘lampu hijau’ daripada pihak berkuasa untuk pulang
ke Kulim atas tiket ibu bapa sebagai pasangan jarak jauh.
Masya pulang ke kampung menggunakan surat rentas negeri ibunya. |
Selepas mendapat pelepasan rentas negeri seperti yang
dimohon, secara tidak langsung dia juga berpeluang menyambut Aidilfitri bersama
keluarga selepas mereka terpisah dengan bapa serta adik beradik berikutan tidak
boleh merentas negeri pada sambutan raya tahun lalu.
Bagaimanapun, penjelasan penyanyi yang popular dengan lagu Hapus dan Halimunan itu
mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen di laman sosial.
Masya teruk dihentam selepas netizen mendakwa dia mengambil
kesempatan merentas negeri menggunakan tiket kebenaran ibunya.
No comments:
Post a Comment