Post Top Ad

8.5.21

Elizabeth Tan dedah tidak tinggal sebumbung dengan suami

Tidak berkongsi foto bersama suami dirumah, penyanyi dan pelakon popular, Elizabeth Tan yang telah berkahwin pada 20 Mac lalu menimbulkan tanda tanya dikalangan peminat.


Ramai yang pelik dan tertanya-tanya adakah Elizabeth atau mesra disapa Lizzy ini tinggal berasingan dengan suami.


Menerusi laporan portal Berita Harian, Lizzy memberitahu dia dan suami belum pernah tinggal sebumbung sejak berkahwin.


"Peminat tidak tahu percaturan hidup kami. Saya dan suami memilih untuk tinggal berasingan. Sejak berkahwin, kami belum pernah tinggal sebumbung.


"Suami memilih untuk tinggal bersama ibunya. Sebagai anak bongsu, saya pula tidak bersedia meninggalkan ibu saya.


"Dari awal perkahwinan, kami sudah membuat perjanjian untuk tinggal berasingan. Kami hanya akan berjumpa apabila perlu. Mungkin seminggu atau dua minggu sekali.


"Saya seronok dengan kehidupan seperti ini, sekurang-kurangnya saya dan suami mempunyai ruang sendiri," kata Elizabeth.


Elizabeth berkata, dia kini sibuk dengan dunia lakonan, lebih lagi terikat dengan penggambaran drama kepolisan terbitan Skop Production berjudul Gerak Khas Undercover sebanyak 30 episod.


"Saya jarang berada di rumah. Saya sibuk menjayakan penggambaran drama Gerak Khas Undercover sejak Februari lagi. Hingga kini, baru sempat menyiapkan 10 episod, jadi ada 20 episod lagi perlu disiapkan.


"Akibat terlalu sibuk, saya masih belum berkesempatan memasak untuk suami. Setakat biskut atau roti memang ada, tetapi untuk hidangan berat saya hanya membuat pesanan makanan. Lagipun, saya dan suami amat jarang berjumpa.


"Setakat ini, kami langsung tidak pernah berbincang untuk duduk sebumbung. Mungkin jika dikurniakan cahaya mata, barulah kami memikirkan soal ini," katanya.


Dalam pada itu Lizzy turut mendedahkan sejak berkahwin dia kehilangan beratus-ratus pengikut di Instagram setiap hari.


"Ia membuatkan saya sangat sedih. Bayangkan, beratus-ratus 'unfollow' setiap hari disebabkan saya berkahwin.


"Saya tak menyangka ugutan peminat untuk 'unfollow' saya dalam IG adalah serius," cerita Lizzy.


Sumber: Bharian


May 08, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad