Post Top Ad

1.5.21

Guna Akaun Peribadi Kutip Sumbangan, Aznil Nawawi Tampil Beri Penjelasan



Niat baik selebriti dan pengacara popular Datuk Aznil Haji Nawawi melancarkan tabung amal yang boleh disalurkan terus menerusi akaun bank miliknya mengundang pertanyaan seorang netizen di Facebook.


Selebriti dan pengacara popular Datuk Aznil Haji Nawawi tampil memberikan penjelasan mengenai pertanyaan netizen mempersoalkan mengenai ketelusan tabung amal yang dilancarkan Aznil di mana segala sumbangan akan terus ke akaun bank pengacara itu, baru-baru ini.


Memandangkan Aznil menggunakan akaun bank miliknya, individu tersebut telah bertanyakan sama ada wang sumbangan orang ramai itu ada bercampur dengan kegunaan peribadi.



Menurut Aznil, akaun bank yang digunakan untuk urusan tabung amal itu diwujudkan khas untuk tujuan tersebut.


“Jangan runsing. Transaksi peribadi saya di akaun lain. Saya khaskan akaun ini untuk tujuan sedekah. Saya tak akan terpakai atau termakan duit anda.” tulisnya di bahagian komen hantaran tersebut.


Selain itu, Aznil telah meminta agar netizen untuk sentiasa bersangka baik dan tidak menulis sesuatu yang boleh mengguris hati orang lain menerusi satu hantaran lain di Instagram miliknya.



“Bersangka baik itu lebih baik. Kadang-kadang perkataan atau pertanyaan boleh menggores hati orang lain.


“Ini soal amanah dan tak habis di dunia sahaja. Paling takut nak berdepan dengan Allah SWT di sana nanti,” tulisnya.


Terdahulu, Aznil telah berkongsi mengenai program amal jariah yang bernama Skuad Kebaikan Milo di mana ianya ditubuhkan khas untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan.


Wang hasil sumbangan orang ramai itu dimaklumkan akan dijadikan infaq bagi pihak yang menderma serta digunakan untuk membeli minuman Milo untuk dihantar ke rumah kebajikan kanak-kanak.


Dia juga dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah memberikan sumbangan ikhlas untuk program amal tersebut.

May 01, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad