Sambutan Aidilfitri penyanyi Hael Husaini tahun ini lebih
meriah dengan kehadiran sepasang bayi kembar lelaki yang menjadi anak angkatnya.
Penyanyi lagu Nuraga itu memperkenalkan dua anak angkatnya
itu menerusi satu entri di akaun Instagram beliau.
Dalam entri tersebut, Hael memuat naik gambar hari raya
berpakaian sedondon berwarna ungu sambil mendukung pasangan kembar itu dan
bersama anak angkat sulungnya, Nur Helena.
"Selamat Hari Raya Aiditri maaf zahir dan batin
daripada kami Hael, Helena and say hello to my twin Haelmy dan Haelman,"
tulisnya di Instagram.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan
artis turut menzahirkan rasa gembira dengan berita tersebut serta mendoakan
penyanyi itu dimurahkan rezeki.
Dalam pada itu ada juga netizen yang mengusik penyanyi itu
mengenai pasangan hidup.
“Haelmummy je tak ada lagi,” tulis seorang netizen merujuk
kepada bakal isteri penyanyi itu.
Terdahulu, Hael atau nama sebenarnyan Hael Husaini Razmi telah
mengambil seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Nur Helena Hael pada tahun 2017.
No comments:
Post a Comment