“Kali pertama saya datang bulan adalah semasa di tingkatan
2. Ketika itu sedang belajar dalam kelas dan tersedar terbocor banyak dekat
kain saya sampai uniform sekolah saya dipenuhi darah.
"Jadi, kawan perempuan sekelas saya tolong lindung
dengan berjalan di belakang saya sehingga ke tandas.
“Mereka bantu saya basuh baju yang terkena kesan darah itu
dan saya menangis kerana rasa malu sangat.
"Baju saya basah dan saya tak tahu nak buat apa. Jadi,
saya telefon ibu untuk ambil saya balik sekolah awal,” katanya.
"Semasa saya duduk menunggu ibu ambil di bilik guru, beberapa
orang cikgu masuk dan lalu depan saya.
"Mereka tanya kenapa saya menangis dan saya beritahu
situasi yang jadi pada saya ketika itu dan nak tahu apa reaksi mereka?
"Kebanyakan daripada mereka ketawakan saya. Semuanya
cikgu perempuan. Masa itu saya jadi takut, keseorangan dan bertambah malu,"
cerita Juliana di Twitter.
“Saya akan rasa lebih baik jika seorang guru wanita duduk di
sebelah saya, dan cuba menenangkan saya. Tetapi untuk ditertawakan, tidak
banyak membantu terutama bagi seorang gadis berusia 14 tahun yang mengalami
perubahan badan.
“Saya memberitahu ibu saya tentang apa yang terjadi dan dia
sangat marah! Ibu saya datang ke sekolah pada keesokan hari dan buat aduan tentang
guru-guru terbabit," katanya.
No comments:
Post a Comment