Kwak Dong Yeon (kiri) dan Song Joong Ki (kanan) dalam drama Vincenzo (Foto: tvN Production via Imdb) |
Pelakon Kwak Dong Yeon mengakui drama Vincenzo meninggalkan
kesan cukup besar dalam karier seninya.
Menurut laporan CNN Indonesia, pelakon yang memegang watak Jang Han-Seo
dalam drama popular itu berkata drama arahan Kim Hee Won itu adalah perkara
terbaik dalam karier lakonannya.
“Saya berterima kasih kepada sutradara Kim Hee Won kerana
kerjaya lakonan saya nampak berbeza sebelum dan selepas saya bertemu dengannya.
“Dengan membawakan watak Jang Han Seo, saya telah belajar
banyak perkara dan lakonan saya terus berkembang kerana berpeluang menyaksikan
dan bekerja dengan ramai pelakon senior yang saya hormati, ” katanya.
Foto: Instagram @kwakdongyeon0 |
Dalam pada itu, Kwak Dong Yeon meluahkan rasa syukur apabila
lakonannya itu menerima pujian penonton.
Malah, dia turut mengagumi pengaruh pelakon utama Song Joong
Ki yang berjaya membawa watak Vincenzo dengan begitu baik.
"Dia (Son Joong Ki) berjaya bawa watak itu dengan
begitu baik sampai ke jiwa," puji pelakon berusia 24 tahun ini.
Song Joong Ki (Foto: tvN Production via Imdb) |
Kwak Dong Yeon sebelum ini pernah membintangi beberapa drama
antaranya Never Twice (2019-2020), My ID is Gangnam Beauty (2018),
dan Love in the Moonlight (2016).
Namanya mula menjadi sebutan ramai selepas kemunculan dalam
beberapa episod It's Okay to Not be Okay (2020).
Sumber: CNN Indonesia
No comments:
Post a Comment