Nama selebriti dan usahawan popular, Neelofa terus menjadi
bualan hangat netizen di media sosial apabila dia sekali lagi didakwa merentas
negeri sekali lagi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih
dikuatkuaskaan di Selangor dan Kuala Lumpur.
Perkara tersebut timbul setelah Neelofa sendiri memuat naik
video di ruangan Instastory beliau pada petang Ahad.
Dalam video tersebut, seorang lelaki dipercayai pemilik
kedai karpet tersebut sempat mempromosikan lokasi perniagaannya selain di Nilai
3.
Menguatkan spekulasi, ada pengguna laman sosial Twitter
mendakwa melihat Neelofa dan suaminya Haris Ismail atau PU Riz berada di Nilai
3, Negeri Sembilan.
Terdahulu, Neelofa telah dikenakan dikenakan kompaun
RM20,000 atas dua kesalahan berkaitan melanggar SOP majlis perkahwinan dan
rentas negeri.
Sementara itu PU Riz atau Muhammad Haris Ismail dikenakan
kompaun RM10,000 kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri ke
Pulau Langkawi yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa.
Selain itu 20 ahli keluarga Neeloga dikenakan kompaun
RM1,500 seorang yang berjumlah RM30,000.00 kerana gagal memastikan wujud
penjarakan fizikal sewaktu majlis akad nikah berlangsung.
No comments:
Post a Comment