Post Top Ad

5.5.21

"Tak sangka betul dia boleh bagi statement macam tu.." - Netizen kecewa Siti Nurhaliza luah rasa syukur dapat pahala percuma selepas dikecam isu majlis tahnik



Nama penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus menjadi bualan hangat netizen di media sosial apabila dia memuat naik status di Insta Story yang didakwa berbaur ‘angkuh’.


Menerusi entri tersebut, Siti seakan meluahkan rasa syukur apabila menerima kecaman daripada netizen dan menyifatkan ia sebagai pahala percuma di bulan Ramadan ini.


“Alhamdulillah, saya patut tengah seronok ni, kumpul pahala banyak-banyak sepuluh malam terakhir ni.. kata ustaz bila berdepan dengan dugaan ni.


“Betuilah uztaz, dapat pahala free berganda ganda pulak tu..Alhamdulillah,” tulis Siti.


Susulan perkongsian tersebut, ada beberapa orang netizen meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Siti yang dilihat seakan sengaja mengundang rasa kurang senang netizen.






ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza tutup komen IG... 8 individu dipanggil polis berhubung pelanggaran SOP di majlis tahnik


Walaupun ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati, namun ada yang mempertahankan penyanyi itu.





Terdahulu, nama Siti menjadi bualan hangat khalayak selepas majlis tahnik yang dianjurkannya baru-baru ini dipertikai netizen kerana didakwa melanggar SOP dan ada individu ternama dikatakan merentas negeri untuk menghadiri majlis tersebut.


Ekoran itu, pihak polis telah menjalankan siasatan menerima satu laporan berkenaan majlis itu.


Lapan individu termasuk penganjur majlis tersebut telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.


ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada sebarang aktviti rentas negeri berlaku...kebetulan dia memang ada di Kuala Lumpur” – Siti Nurhaliza jawab isu majlis tahnik anak kedua langgar SOP


May 05, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad