Post Top Ad

9.5.21

Nora Danish dan Tiz Zaqyah positif Covid-19



Pelakon Nora Danish dan Tiz Zaqyah mengumumkan diri mereka positif dijangkiti wabak Covid-19.


Kedua-dua aktres itu memaklumkan perkara tersebut menerusi posting di akaun Instagram masing-masing pada Ahad, 9 Mei 2021.


Menerusi satu hantaran di Instagram, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif, 39, memberitahu pada Sabtu, dia menjalani ujian calitan (swab test) kerana mempunyai kontak rapat dengan kategori C dan disahkan positif hari ini.


 “Dukacitanya nak maklumkan Nora didapati positif Covid-19 pada hari ini.


“Semalam Nora ada membuat ujian calitan sebab kontak rapat dengan kategori C.  Keputusan pagi tadi mendapati Nora positif walaupun langsung tak ada sebarang simptom.

Nora berkongsi khabar tersebut menerusi akaun Instagram beliau.

“Sekarang Nora self-quarantine di dalam bilik agar anak-anak dan suami selamat. Mereka dah lakukan ujian PCR pukul 12 tengahari tadi dan doakan untuk kami semua ya.


“Bagi sesiapa yan ada jumpa Nora antara 4 hingga 8 Mei, tolong buat ujian calitan ya. Jaga diri dan jaga SOP. Maafkan saya,” tulis Nora.


Nora sepatutnya menerima vaksin dos pertama di UKM, Bangi hari ini. Namun dia dinasihatkan untuk menjalani kuarantin di rumah terlebih dahulu.


Sementara itu, Tiz Zaqyah pula mendedahkan, dia melakukan ujian calitan selepas berasa tidak selesa dengan kesihatan dirinya.


Tiz Zaqyah atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 33, berkata, dia dapat merasakan tubuhnya menggigil dan tidak seperti kebiasaan selain mengalami batuk ringan.


Sebaik dimaklumkan positif COVID-19, Tiz Zaqyah berkata, dia dinasihatkan menjalani kuarantin di rumah.


“Ahad 9 Mei, sekitar pukul 8.30 pagi saya menerima panggilan telefon daripada Pusat Perubatan Subang Jaya memaklumkan saya disahkan positif Covid-19. Saya dinasihatkan untuk kuarantin di rumah. Doakan saya dan keluarga.



“Tolong buat ujian calitan jika alami demam, selsema, bersin dan sakit kepala. Jangan ambil remeh kerana mungkin ada sesetengah tidak menunjukkan sebarang simptom.


“Pergi buat pemeriksaan sebelum keadaan bertambah teruk. Duduk rumah kerana virus ada di mana-mana dan ia bukan perkara yang boleh diambil remeh,” ujarnya.


Sumber: Instagram Nora Danish & Tiz Zaqyah

May 09, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad