Post Top Ad

16.5.21

“Saya lebih ambil berat tentang apa yang sedang berlaku kepada saudaraku di Palestin” – Faizal Tahir jawab sebab tidak kongsi gambar raya di media sosial



Ramai selebriti berkongsi foto gambar kemeriahan Syawal di media sosial, namun penyanyi Faizal Tahir memilih untuk tidak memuat naik sebarang foto sambutan Hari Raya.

Menurut Faizal, dia berbuat demikian kerana dia lebih memikirkan nasib rakyat Palestin yang sedang menjadi mangsa kekejaman tentera Zionis daripada memuat naik gambar sambutan Aidilfitri di Instagram.


“Ramai yang bertanya mana gambar saya sambutan Aidilfitri bersama keluarga pada tahun ini.


“Saya lebih mengambil berat tentang apa yang sedang berlaku kepada saudaraku di Palestin daripada cuba mengambil gambar Hari Raya yang sempurna dan memuat naik gambar itu di Instagram.


“Buat masa ini, ia kurang penting (berkongsi gambar Hari Raya) di media sosial,” ujarnya.


Faizal berkongsi perkara tersebut menerusi satu entri di akaun Instagram beliau pada Sabtu.

Walaubagaimanapun, Faizal tidak menganggap tindakan berkongsi gambar kegembiraan menyambut Lebaran disaat saudara Islam kita di Palestin sedang sengsara adalah satu kesalahan.


“Saya tidak kata salah untuk anda berbuat demikian (muat naik gambar raya).


“Ia adalah perkara yang baik terutama apabila ia dapat memberi kebahagiaan kepada diri sendiri dan orang lain.


 “Cuma pada masa ini saya mempunyai perkara lain yang lebih saya risaukan.


“Mungkin saya akan kongsi gambar raya apabila tiba waktu yang sesuai,” katanya.


Tindakan Faizal itu turut mendapat pujian pengikutnya dan ada juga selebriti tanah air yang turut sependapat dengannya untuk tidak memuat naik gambar sambutan Lebaran pada kali ini.


Sumber: Instagram Faizal Tahir


May 16, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad