Selepas tujuh hari bergelar ibu, pelakon Tasha Shilla
akhirnya mendedahkan wajah dan nama putera sulungnya.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram,
Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak,34, memaklumkan nama anak
lelakinya itu diberi nama Raees Zander Muhammad Atiq.
“Syukur alhamdulillah, sempena hari ketujuh kelahiran anak
saya dan suami, @atiqidris, kami ingin perkenalkan Raees Zander Muhammad Atiq.
“Saya memohon dengan keberkatan, agar kalian semua tolong
mendoakan untuk dia semoga menjadi anak yang soleh, penyejuk mata hati ibu dan
ayahnya. Berikan ilmu yang bermanfaat, kuatkan iman dan aqidahnya serta
dilimpahi rezeki yang luas dan halal.
“It’s our happiest moment to announce that a baby boy “Raees Zander” has arrived in our family. Please keep him in your prayers,” kata Tasha.
Tasha berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram beliau. |
Tasha dan suami, Muhammad Atiq Idris mendirikan rumah tangga
dengan Muhammad Atiq pada 23 Februari tahun lalu di Masjid Wilayah Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment