Post Top Ad

13.5.21

Serasi dan sepadan bersama, peminat doa Nadia Brian & Nazim Othman semoga bertemu jodoh



Sejak kembali solo, ramai peminat yang mendoakan pelakon Nadia Brian agar bertemu jodoh baharu secepat mungkin.


Sebelum ini peminat mahu Nadia dan artis versatil, Zizan Razak bercinta kerana menganggap dia dan Zizan sebagai pasangan yang 'sweet'.


Terbaharu, netizen mahu Nadia dan pelakon kacak, Nazim Othman pula dijodohkan bersama.


Perkara ini timbul selepas Nadia memuat naik beberapa foto bersama pelakon bergelar duda itu di Instagram.


Difahamkan Nadia berkongsi foto bersama Nazim adalah bagi mempromosikan telefilem lakonan mereka berdua berjudul Takdir Yang Tertunda yang akan ditayangkan di TV3 pada pukul 2 petang pada hari raya pertama.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen merasakan Nadia dan Nazim kelihatan sangat serasi dan sesuai bersama. Mereka turut mendoakan agar Nadia bertemu jodoh dengan Nazim.

Untuk makluman, Nadia pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 namun hubungan mereka tidak kekal lama dan sah bercerai talak satu pada 2 April 2021.


May 13, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad