Post Top Ad

3.5.21

Sheera Iskandar selamat bernikah dengan anggota polis



Dengan sekali lafaz, pelakon Sheera Iskandar sah bergelar isteri kepada anggota polis, Mohd Halim Abdul Gani pada majlis pernikahan yang berlangsung di Magica Events Hall, Quill City, Kuala Lumpur.

 

Pasangan itu dinikahkan jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Muhammad Firudz Saderi sekitar pukul 6.00 petang, Isnin.

 

Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM1,000 beserta dulang hantaran satu berbalas satu.

 

Majlis pernikahan Sheera 36, atau nama sebenarnya Tengku Shahira Ilani Tengku Iskandar diadakan secara tertutup dengan dihadiri 70 tetamu termasuk ahli keluarga bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

 

Pelakon drama bersiri popular Gerak Khas ini mula mengenali suaminya ketika penggambaran drama terbabit pada tahun 2019.

 

Sheera yang juga anak kepada pelakon veteran Aznah Hamid pernah berkahwin dengan Abdullah Harun, 36, pada Ogos 2015, dan bercerai pada hujung 2018.

 

Penerbit drama Gerak Khas, Datuk Yusof Haslam dan isteri Datin Fatimah Ismail serta pelakon drama ini, Abby Abadi dan Salina Saibi turut hadir meraikan pasangan terbabit.


May 03, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad