Post Top Ad

4.5.21

Siti Nurhaliza tutup komen IG... 8 individu dipanggil polis berhubung pelanggaran SOP di majlis tahnik



Ekoran dikecam kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) susulan penganjuran majlis tahnik anak keduanya, Muhammad Afwa, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah menutup ruangan komen di akaun Instagram beliau.


Menerusi pemerhatian Cincai, Siti telah menutup ruangan komen sejak 3 Mei lalu selepas memuat naik entri kenyataan media komen beliau tentang isu majlis tahnik anak keduanya, Muhammad Afwa yang didakwa melanggar SOP.


Mungkin tindakan Siti berbuat demikian adalah bagi mengelakkan komen-komen negatif yang boleh menimbulkan perbalahan dalam kalangan pengikutnya


Siti tutup ruangan komen di Instagram sejak 3 Mei lalu

Nama Siti menjadi bualan hangat khalayak selepas majlis tahnik yang dianjurkannya baru-baru ini dipertikai netizen kerana didakwa melanggar SOP dan ada individu ternama dikatakan merentas negeri untuk menghadiri majlis tersebut.


ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada sebarang aktviti rentas negeri berlaku...kebetulan dia memang ada di Kuala Lumpur” – Siti Nurhaliza jawab isu majlis tahnik anak kedua langgar SOP


Sementara itu, polis sudah merakam keterangan lapan individu termasuk penganjur majlis tersebut berhubung pelanggaran SOP, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, siasatan dijalankan selepas polis menerima satu laporan berkenaan majlis itu pada hari ini.


Menurutnya, pihaknya menerima maklumat berkenaan majlis itu melalui laporan yang disiarkan sebuah portal berita berhubung rasa tidak puas hati netizen berkaitan majlis tahnik yang dianjurkan selebriti itu di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Ampang.


“Terdapat juga beberapa keping gambar di dalam laporan berita terbabit menunjukkan kehadiran beberapa orang kenamaan (VVIP) dan penceramah agama terkenal di majlis itu.


“Laporan itu juga mendakwa VVIP dan penceramah jemputan hadir ke majlis tersebut tanpa kelulusan daripada pihak polis untuk merentas negeri atas alasan mereka tinggal di luar Selangor,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.


Jelasnya, laporan berkenaan juga mendakwa majlis itu dijalankan tanpa mematuhi SOP yang ditetapkan.


“Ekoran itu, kita sudah menjalankan siasatan mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.


“Penganjur majlis juga sudah dikenal pasti dan akan dipanggil untuk memberi keterangan,” ujarnya.


Beliau turut menasihati orang ramai agar sentiasa sensitif dan mengutamakan SOP dalam sebarang aktiviti yang dijalankan.

Sumber: Kosmo! & Mstar


May 04, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad