Post Top Ad

6.5.21

Tahniah! Rafidah Ibrahim sempat bergelar isteri sebelum PKP, kongsi foto wajah suami



Pelakon Rafidah Irahim mendedahkan dia sudah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hati, Shahzemir Shahzulkarib sebelum perlaksanaan PKP di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur.


Menerusi posting di akaun Instagram beliau, Rafidah memberitahu majlis akad nikah yang dijalankan secara ringkas itu telah berlangsung pada 5 Mei 2021.


“Alhamdulillah. Tanggal 5hb Mei, saya telah bergelar isteri kepada Shahzemir bin Shahzulkarib.


“Syukur ke hadrat ilagi, dalam kekalutan membuat persediaan yang sangat ringkas, semuanya tetap berjalan lancar dan dipermudahkan,” tulisnya di ruangan kapsyen.



Dalam pada itu Rafidah memohon maaf kerana jumlah jemputan yang sangat terhad bagi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.


“Majlis hanya dihadiri adik beradik dan keluarga terdekat sahaja.  Maaf saudara mara, sahabat dan semua, majlis dibuat sangat ringkas & mengikut S.O.P serta jumlah jemputan yang sangat terhad,” kata Rafidah di Instagram.


Selain itu, Rafidah meminta orang ramai mendoakan agar jodoh mereka berpanjangan.


“Semoga dengan kehadiran para tetamu dan doa daripada kalian mengundang rahmat & berkat pada hari mulia, bulan mulia serta ikatan mulia ini buat kita semua.


“Terima kasih buat semua yg terlibat secara langsung dan tak langsung dalam perlangsungan majlis akad nikah kami.


“Kami mohon maaf pada setiap kekurangan & kelemahan sepanjang majlis berlangsung,” tambah Rafidah.


Sumber: Instagram Rafidah


May 06, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad