Post Top Ad

1.5.21

Tular video Fauziah Nawi tak mahu teruskan penggambaran gara-gara isu bayaran, ini penjelasan Tya Arifin


Baru-baru ini tular sebuah video yang dikatakan berlaku perbalahan antara menantu Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Tya Arifin dengan pelakon senior Fauziah Nawi sehingga dia tidak mahu meneruskan penggambaran dan hampir tarik diri.


Tidak mahu perkara tersebut disalahertikan, Tya atau nama sebenarnya Nutria Wulandari Arifin tampil menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku antara dirinya dan aktres berusia 67 tahun itu menerusi posting di Instagram.


“Terlebih dulu saya nak mohon maaf di atas apa yang berlaku. Apa yang terjadi sebenarnya hanya salah faham daripada pihak Tya dan ibu (Fauziah Nawi).


“Apa yang boleh saya jelaskan adalah perkara ini berlaku kerana kelemahan komunikasi antara kedua-dua belah pihak.


“Staff Tya, menghubungi pihak ibu untuk memberi tawaran berlakon dan pihak ibu menerima serta bersetuju dengan harga yang team Tya tawarkan pada awalnya.


“Tapi bila sampai di lokasi penggambaran, Tya dimaklumkan yang ibu Fauziah menyangkakan ia hanyalah projek membabitkan pelajar universiti.


“Selepas diberitahu dilokasi penggambaran itu adalah penggambaran kempen Mutyara, dia mula mempersoalkan isu bayaran dan meminta harga yang sewajarnya,” cerita Tya.


Tambah Tya, setelah berbincang, mereka akhirnya capai kata sepakat dan bersetuju dengan bayaran baru yang diminta.


“Keputusan itu terpaksa dibuat agar dapat meneruskan penggambaran pada hari tersebut. Jika dibatalkan, akan merugikan banyak hal lain pula,” kata Tya lagi.


Terdahulu tular satu rakaman video yang memperlihatkan Fauziah tidak mahu meneruskan babak lakonannya di set penggambaran sebuah rumah kampung di laman Twitter.


Bagaimanapun, Tya yang berpakaian sekolah cuba memujuk dan menjelaskan keadaan sebenar kepada Fauziah.


Drama pendek berdurasi lima minit arahan ElHelmiKhir itu mengisahkan mengenai hubungan ibu dan anak yang sangat rapat sejak dari kecil.


Ia merupakan sebuah projek khas Sesudu Kebahagian bagi kempen raya jenama Jus Kesihatan Mutyara.


May 01, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad