Pengacara dan pelakon Ain Edruce yang sedang sarat hamil
anak pertamanya menzahirkan rasa teruja menanti kehadiran ‘orang baharu’
dalam keluarganya.
Ain meluahkan rasa teruja tersebut menerusi kapsyen video
yang dimuat naik di Reels akaun Instagram beliau.
Dalam video tersebut, Ain yang sedang sarat hamil 39 minggu
menunjukkan keadaan perutnya yang semakin besar.
“Nak masuk minggu ke-39 dah ni. Baby masih gembira, rileks
kat dalam tak nak keluar.
“Bila nak keluar ni. Mummy dan daddy teruja sangat dah ni. Amirul kata sanggup tak tido malam nak jaga anak. Tak apa, kita tengok,” tulis Ain.
Walaupun sudah dijangka melahirkan bayi tersebut pada 23
Mei, namun di ruangan komen sudah dihujani dengan doa peminat-peminat Ain yang
berharap agar pengacara tersebut melahirkan bayi sulungnya pada 1 Syawal ini.
April lalu, Ain pernah memberitahu bahawa dia dan suami masih
belum mengetahui jantina bayi sulung mereka kerana setiap kali imbasan dan
pemeriksaan, bayi dalam kandungannya akan ‘menyorok’.
No comments:
Post a Comment